Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Baik Buat Basikal Terbang Tak Kena Tol, Cukai Jalan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 3 Mac – Hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam disindir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan. Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih wajar untuk Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang. Menurut Ahmad, jika kereta terbang dicipta rakyat terpaksa membayar cukai jalan dan tol. “Untuk pengetahuan menteri alat untuk pantau ladang atau pengangkutan awam dari atas sudah lama ada iaitu menggunakan dron. Kenapa perlu susah-susah bina kereta terbang semata-mata untuk pantau ladang ?” “Daripada menteri cadang buat kereta terbang baik buat basikal terbang lagi bagus. Kalau buat kereta terbang nanti kena bayar tol, cukai jalan lagi,” kata Ahmad dalam satu hantaran di Facebook. Redzuan hari ini dilaporkan berkata,  bagi industri pertanian, kereta terbang