KUALA LUMPUR 3 Mac – Hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam disindir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan. Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih wajar untuk Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang. Menurut Ahmad, jika kereta terbang dicipta rakyat terpaksa membayar cukai jalan dan tol. “Untuk pengetahuan menteri alat untuk pantau ladang atau pengangkutan awam dari atas sudah lama ada iaitu menggunakan dron. Kenapa perlu susah-susah bina kereta terbang semata-mata untuk pantau ladang ?” “Daripada menteri cadang buat kereta terbang baik buat basikal terbang lagi bagus. Kalau buat kereta terbang nanti kena bayar tol, cukai jalan lagi,” kata Ahmad dalam satu hantaran di Facebook. Redzuan hari ini dilaporkan berkata, bagi industri pertanian, kereta terbang
Letak BOSSKU sebagai no plat motor, reaksi lelaki ini bila kantoi dengan polis buat netizen terhibur
Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda. Letak BOSSKU sebagai no plat motor Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi. Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah p