Skip to main content

Letak BOSSKU sebagai no plat motor, reaksi lelaki ini bila kantoi dengan polis buat netizen terhibur


Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda.

Letak BOSSKU sebagai no plat motor

Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis
Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.
Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dengan lebih jelas lagi.
Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah.
“Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function ‘bossku’ ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation,” tulis @ASyrfe
Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan ‘bossku’ mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.
“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, boleh tanya ke?’. Dia sama macam ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata @InjangNation
Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan ‘bossku’ merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.
“Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” tulis laman sesawang tersebut.
Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.
Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ juga telah tersebar dengan pantas di saluran media sosial.-UTUSAN ONLINE

VIDEO: Pandai-pandia  lagi letak no plat bossku.
Berikut reaksi dari netizan:
“Tak tahu laa nak sedih kat dia or nak gelak kat dia . Dua dalam satu . maaf dik . akk pilih gelak”
“Xpa berlajar dari kesilapan…esok dia..xesen sngat dgn orng..”
“Boleh jadi bahan seumur hidup boss ku. Kalau xtahan terjun bangunan”
“sakan dia nangis,tu la buat bukan2 lagi”
“Pandai buat, pndai tnggung lhh… Wkwkwkwkwkwk”
p/s: Apa-apa pun, admin harap anak-anak muda jangan la terlalu obses dengan fonemena bossku ini sehingga membuat perkara yang melanggar undang-undang negara. Malu Apa Bossku?
sumber: Sam Son Media

Comments

Popular posts from this blog

Tidak Mati Jantung Kena Peluru. Kisah Kanang Anak Langkau, Komando Paling Berani Dalam Sejarah

Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban. Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanak-kanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad. Kanang selalu ikut datuk dia memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak. Pada tahun 1961, Kanang mendaftar untuk menyertai Sarawak Rangers, sebuah angkatan di bawah kuasa tentera British. Pada asalnya angkatan ini dibentuk oleh Brookes, dan kemudiannya menjadi askar sukarela Sarawak dalam Perang Dunia Kedua. Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sarawak Rangers telah diserap sebagai sebahagian daripada tentera Malaysia, membentuk Rejimen Renjer Diraja hari ini di mana Kanang bertugas di Batalion ke-8. Kanang kemudian telah ditugaskan dalam pasukan Komando 42

Selfie Boleh Meragut Nyawa, 8 K3m4tian Mengerikan Disebabkan Oleh Swafoto

Swafoto ataupun selfie ialah trend baru bagi masyarakat seluruh dunia. Masing-masing mempunyai kreativiti dalam menghasil satu gambar terbaik untuk mendapat respons positif terutama daripada pengguna laman sosial .Namun, terdapat banyak kisah mengenai kematian oleh swafoto di seluruh dunia. Adakah kamu tahu yang swafoto meragut lebih banyak nyawa pada tahun 2015 berbanding serangan ikan jerung. Di mumbai telah mengisytiharkan no selfie zone di beberapa tempat kerana kematian oleh swafoto amat tinggi di negara itu. Di russia pula kerajaan telah mengeluarkan manual untuk penjagaan keselamatan ketika mengambil swafoto. Ini adalah inisiatif diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang perkara ini. Berikut adalah 8 cerita kematian oleh swafoto yang mengerikan LELAKI DIPANAH PETIR pada july 2015, seorang pendaki telah dipanah petir ketika sedang mengembara di Brecon Beacons National Park, Wales. Lelaki yang malang itu mati dipanah petir dan dipe