Skip to main content

Anak non stop main game, ibu terpaksa datang cyber cafe suap anaknya makan

Ini kisah tentang seorang ibu kepada budak lelaki gilakan bermain game.
Seorang ibu telah dirakam sedang menyuap makanan kepada anak lelakinya yang tak nak berhenti bermain permainan video dikatakan hampir selama 48 jam.
Rakaman video itu yang dipercayai diambil dari sebuah kafe internet di negara Filipina yang menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terlalu asyik bermain game.
Remaja itu hanya fokus kepada skrin komputer kemudian telah disuapkan makanan oleh ibunya.
INI KOMEN IBUNYA
Ibu remaja berkenaan bernama Lilybeth Marvel, 37 tahun. Dia berkata, dia amat risau dengan keadaan anaknya sehingga dia terpaksa datang ke cyber cafe itu untuk menghantar sarapan kepadanya.
Cyber cafe itu dikatakan terletak di Nueva Ecija, Filipina.
Ini antara kata-kata ibu remaja itu:
“Kasihannya anak saya… nah, makan sekarang.
“Anda mempunyai banyak wang, ia mungkin ambil masa sehingga esok untuk anda pulang ke rumah.
“Adakah anda masih perlu kencing? Saya kasihan dengan anak saya. Tapi keadaannya amat menjengkelkan,”
Lilybeth Marvel turut bertanya kepada anaknya itu sama ada dia mahu makan vitamin yang turut dibekalkan oleh neneknya.
Ditanya kenapa dia membawa sarapan pagi ke kafe tersebut dan tak marah anaknya, Lilybeth berkata: “Saya sering berleter mengenai permainan video tetapi ia tidak berkesan. Jadi saya cuba pendekatan berbeza,”
Khabarnya, remaja berkenaan telahpun berhenti dari sekolah dan kini ibu bapanya sedang cuba untuk menangani masalah ketagihan bermain permainan video.
Kini ibu remaja berkenaan turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi tips bagi menangani masalah anaknya itu.
Sumber – Mirror.co.uk / mStar / penmerah press

Comments

Popular posts from this blog

Tidak Mati Jantung Kena Peluru. Kisah Kanang Anak Langkau, Komando Paling Berani Dalam Sejarah

Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban. Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanak-kanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad. Kanang selalu ikut datuk dia memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak. Pada tahun 1961, Kanang mendaftar untuk menyertai Sarawak Rangers, sebuah angkatan di bawah kuasa tentera British. Pada asalnya angkatan ini dibentuk oleh Brookes, dan kemudiannya menjadi askar sukarela Sarawak dalam Perang Dunia Kedua. Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sarawak Rangers telah diserap sebagai sebahagian daripada tentera Malaysia, membentuk Rejimen Renjer Diraja hari ini di mana Kanang bertugas di Batalion ke-8. Kanang kemudian telah ditugaskan dalam pasukan Komando 42

Selfie Boleh Meragut Nyawa, 8 K3m4tian Mengerikan Disebabkan Oleh Swafoto

Swafoto ataupun selfie ialah trend baru bagi masyarakat seluruh dunia. Masing-masing mempunyai kreativiti dalam menghasil satu gambar terbaik untuk mendapat respons positif terutama daripada pengguna laman sosial .Namun, terdapat banyak kisah mengenai kematian oleh swafoto di seluruh dunia. Adakah kamu tahu yang swafoto meragut lebih banyak nyawa pada tahun 2015 berbanding serangan ikan jerung. Di mumbai telah mengisytiharkan no selfie zone di beberapa tempat kerana kematian oleh swafoto amat tinggi di negara itu. Di russia pula kerajaan telah mengeluarkan manual untuk penjagaan keselamatan ketika mengambil swafoto. Ini adalah inisiatif diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang perkara ini. Berikut adalah 8 cerita kematian oleh swafoto yang mengerikan LELAKI DIPANAH PETIR pada july 2015, seorang pendaki telah dipanah petir ketika sedang mengembara di Brecon Beacons National Park, Wales. Lelaki yang malang itu mati dipanah petir dan dipe

Letak BOSSKU sebagai no plat motor, reaksi lelaki ini bila kantoi dengan polis buat netizen terhibur

Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda. Letak BOSSKU sebagai no plat motor Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi. Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah p