Skip to main content

Tidak Mati Jantung Kena Peluru. Kisah Kanang Anak Langkau, Komando Paling Berani Dalam Sejarah



Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban.
Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanak-kanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad.
Kanang selalu ikut datuk dia memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak.
Pada tahun 1961, Kanang mendaftar untuk menyertai Sarawak Rangers, sebuah angkatan di bawah kuasa tentera British. Pada asalnya angkatan ini dibentuk oleh Brookes, dan kemudiannya menjadi askar sukarela Sarawak dalam Perang Dunia Kedua.
Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sarawak Rangers telah diserap sebagai sebahagian daripada tentera Malaysia, membentuk Rejimen Renjer Diraja hari ini di mana Kanang bertugas di Batalion ke-8.
Kanang kemudian telah ditugaskan dalam pasukan Komando 42 yang berkhidmat semasa Pemberontakan Brunei dan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Kisah pertemburan dengan komunis di Perak yang hampir meng0rbankan nyawa Kanang..

Mendiang sebelum ini pernah disangka mening gal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena temb4kan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980.
Mengimbau kembali peristiwa itu, seorang anggota yang menjadi saksi paling dekat dengan Kanang waktu itu, Pegawai Waran II, S. Rajagopal berkata, kejadian serang hendap berlaku ketika pasukan 8 RRD yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas.
Kejadian berlaku ketika pasukan yang mempunyai rekod cemerlang dalam operasi mengesan dan menjejak musuh itu sedang menuruni sebatang denai di sebuah bukit yang dikelilingi cerun curam di bahagian kiri dan kanannya di Tanah Hitam, Chemor, Perak.
” Ketika kami sedang mengikut jejak yang terdapat di denai ini, tiba-tiba saya terdengar letupan dan melihat salah seorang anggota perubatan, Koperal Salleh yang berada di belakang terpijak jerangkap samar sehingga putus kaki,” kata Rajagopal.
Rajagopal memberitahu, ketika anggota lain termasuk beliau dan Kanang berpaling ke belakang sambil menundukkan diri, pasukan mereka pada masa itu berada di kawasan terbuka terus dihujani peluru musuh.

Kanang terkulai terkena 3 das temb4kan..

Dalam keadaan kelam kabut itu, kata beliau, Kanang akhirnya terkulai akibat terkena tiga das tembakan daripada musuh. Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya.
Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Dalam kejadian itu, Kanang ditemb4k tiga kali dan hampir menemui aj4l selepas peluru mengenai jantung, merosakkan satu buah pinggang, selain usus perut terburai.
Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi idup agi ngelaban’ (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut m4ti demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British.

Kanang menyertai bidang ketenteraan secara kebetulan ketika dipelawa oleh seorang tentera British.
Mengimbas sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang yang berasal daripada komuniti Dayak (Iban) itu bersekolah hingga darjah tiga di Sekolah Local Authority sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin.
Beliau menjadi tentera secara kebetulan setelah dipelawa seorang anggota tentera British ketika menghantar 20 orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya.
Kanang kemudian diserap ke dalam Renjer Malaysia setahun selepas itu apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor.

Dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia..

Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapten Johnson Anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan, ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menemb4k m4ti seorang anggota 25 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) beberapa hari sebelumnya.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh.
Mengenang jasanya membun0h musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981 manakala pingat PGB pada 7 Jun 1987.

Gambar kenangan Kanang (depan, duduk kiri) semasa bertugas di Jambatan Nyulong Sarikei, Sarawak.
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda dan pada 1 Mei 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan.
Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 selepas berkhidmat selama 21 tahun.
Bagi mengisi masa terluang, beliau aktif memberikan ceramah kenegaraan di seluruh negara selain dilantik sebagai Temenggong Bahagian Sri Aman pada 2009.
Antara sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa Balik).
Melalui operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuching pada 27 Julai 2011.

Kanang wira paling berani..

Pencetus idea berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya sejak 2009.
Katanya, Kanang merupakan seorang yang komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
” Dia seorang yang amat bertanggungjawab dan kita berikannya peranan untuk melaksanakan tugas-tugas khas. Tanpa Kanang, mungkin operasi itu tidak akan berjaya.
” Kanang juga mengetuai operasi penggalian kub0r-kub0r pejuang terbabit di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas ‘Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan’,” ujarnya.
Kanang disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang mengukir nama dengan darah serta air mata.
Menurut penulis buku biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (B) Dr. Maznan Noordin, tidak akan ada manusia seperti Kanang selepas ini kecuali jika berlaku lagi peperangan di negara ini.
Jelas beliau, Kanang adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat selamanya kerana sanggup meng0rbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara.
” Mendiang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, ini digambarkan dalam Operasi Pukat yang mana Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
” Mendiang telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun Kanang meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang kumpulan pengganas berkenaan.
” Selepas bersara, Kanang meneruskan kehidupan yang sederhana sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun kehidupannya agak perit selepas bersara, mendiang bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkannya kepada negara,” ujarnya.

‘Pemergian’ Kanang dikenang sepanjang zaman…

Tanggal 3 Januari 2013, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang pahlawan yang terkenal dengan sifat keberaniannya mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, disahkan mening gal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada pukul 1.45 pagi, dua jam selepas beliau dilaporkan rebah di rumahnya di Sungai Apong, Kuching, Sarawak.
Anak jati Sarawak yang dilahirkan di Julau pada 2 Mac 1945 itu meninggalkan seorang isteri, Datin Brawang Chunggot, 55, dan enam orang anak serta lapan cucu hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang mening gal dunia akibat kanser pada Januari 2011.
Mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk Kanang Anak Langkau belum sempat disiapkan semasa hayatnya.
Sumber: kosmo & utusan

Comments

Popular posts from this blog

Selfie Boleh Meragut Nyawa, 8 K3m4tian Mengerikan Disebabkan Oleh Swafoto

Swafoto ataupun selfie ialah trend baru bagi masyarakat seluruh dunia. Masing-masing mempunyai kreativiti dalam menghasil satu gambar terbaik untuk mendapat respons positif terutama daripada pengguna laman sosial .Namun, terdapat banyak kisah mengenai kematian oleh swafoto di seluruh dunia. Adakah kamu tahu yang swafoto meragut lebih banyak nyawa pada tahun 2015 berbanding serangan ikan jerung. Di mumbai telah mengisytiharkan no selfie zone di beberapa tempat kerana kematian oleh swafoto amat tinggi di negara itu. Di russia pula kerajaan telah mengeluarkan manual untuk penjagaan keselamatan ketika mengambil swafoto. Ini adalah inisiatif diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang perkara ini. Berikut adalah 8 cerita kematian oleh swafoto yang mengerikan LELAKI DIPANAH PETIR pada july 2015, seorang pendaki telah dipanah petir ketika sedang mengembara di Brecon Beacons National Park, Wales. Lelaki yang malang itu mati dipanah petir dan dipe

Letak BOSSKU sebagai no plat motor, reaksi lelaki ini bila kantoi dengan polis buat netizen terhibur

Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda. Letak BOSSKU sebagai no plat motor Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi. Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah p