Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Letak BOSSKU sebagai no plat motor, reaksi lelaki ini bila kantoi dengan polis buat netizen terhibur

Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda. Letak BOSSKU sebagai no plat motor Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi. Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah p

Sekarang Dah Pukul 4pm Mana Nak Cari RM5010 Sebelum Pukul 6.30pm? Wanita Ini Menceritakan Pengalaman Beliau Dipaksa Membayar Hutang Tetapi Rupa Rupanya Semua Itu..

Kisah ini menceritakan keadaan zaman sekarang apabila kita berhutang dan ada pengutip hutang yang tiada adab. Mereka tidak peduli tentang apa kita buat janji mereka dapat wang. Perkara ini banyak kali diketengahkan bagaimana pengutip hutang untuk syarikat syarikat yang mengeluarkan pinjaman sangat tidak tertib. Mari baca kisah wanita ini bagaimana keadaan hidup dia menjadi kelam kabut kerana pengutip hutang ini. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Update: 14.59 (Sabtu 23/2/19) Terima kasih kepada pihak atasan COURTS kerana membantu kes aku dengan efficient dan telah mengambil tindakan dengan sewajarnya kepada ‘orang’ berkenaan. Dan bertindak atas arahan untuk menjaga reputasi, ada beberapa info yg telah aku edit dengan ikhlas hati. Selain dari itu, aku tetap akan publish post ini kerana di akhir cerita ada plot twist. Terima kasih. ——————————————————— Assalamualaikum. Aku nak share kisah aku dengan seorang lawyer yang di ‘appointed’ oleh pihak COURTS. Kisah aku agak pan

Genap 69 tahun tragedi Bukit Kepong

Hari ini, genap 69 tahun tragedi menyayat hati menjelang waktu Subuh, 23 Februari 1950. Peris­tiwa ini tidak pernah luput daripada ingatan dan kenangan setiap rakyat Malaysia apabila segerombolan pengganas komunis melancarkan serangan mengejut ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang terletak kira-kira 59 kilometer dari Muar, Johor. Peristiwa hitam yang berlaku kira-kira 69 tahun lalu itu terpahat sebagai kemuncak kekejaman pengganas komunis di Tanah Melayu yang bertujuan membalas dendam terhadap pasukan keselamatan yang telah membunuh ramai anggota mereka sejak perintah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Abdullah C. D dalam buku Memoir Abdullah CD Bahagian II: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 (2007) mengakui, serangan mengejut kira-kira pukul 4.30 pagi, menjelang waktu Subuh itu digerakkan dengan kekuatan satu kompeni pasukan gabungan komunis yang terdiri daripada anggota Cina dan dua platun seksyen Melayu di bawah pimpinan Mat Indera. “Mereka mengetahui bahawa pol

Ini 10 Janji Uncle Kentang Jika Menang di Semenyih. Perokok Pastinya Paling Seronok Dengar Berita Ini

Calon bebas, Kuan Chee Heng (gambar) berjanji untuk memastikan bahawa perokok diberi tempat yang selamat untuk merokok di premis makanan selepas mendakwa jualan di restoran merosot. Kuan yang bukan seorang perokok berkata, kedai kopi ‘half dead’ (hampir mati) susulan larangan merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau menegaskan bahawa perokok juga mempunyai hak. ” Kedai kopi sudah separuh mati. Tiada perniagaan. Orang Cina suka pergi ke kedai kopi pada sebelah petang dan bersembang. Bekas anggota polis berusia 56 tahun yang sebelum ini sering dilaporkan kerana melakukan kebajikan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan ‘trak perang’ sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada Jumaat. Dikenali sebagai Uncle Kentang, Kuan bagaimanapun berkata beliau menyokong langkah kerajaan untuk mengharamkan merokok di restoran. Namun, beliau berkata langkah sedemikian mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa. ” Sebelum rokok mati, perniagaan akan mati da

(Video) Lelaki Ini Akhirnya Jejakan Kaki Ke Tanah Selepas 4 Tahun Larikan Diri Tinggal Atas Pokok Kelapa!

Seorang lelaki bertindak keluar rumah untuk tinggal di atas pokok kelapa selama tiga tahun lalu, di La Paz di wilayah Agusan del Sur di Filipina. Lelaki yang berusia 47 tahun itu menjejakkan kaki ke tanah kali terakhir pada 2014 sebelum bertindak memanjat pokok kepala setinggi 18 meter. Sejak itu, dia telah menjadikan pokok kepala itu rumahnya dan tidak pernah turun selepas itu. Gilbert Sanchez dipercayai melakukan perbuatan itu selepas dipukul di kepala menggunakan benda tajam dalam satu perbalahan. Menurut ibunya, Winifreda Sanchez, dia masih ingat Gilbert yang  ketakutan kerana bimbang seseorang akan datang mencederakannya. Jelasnya, satu cara untuk memastikan dia terus hidup adalah memanjat pokok paling tinggi yang dijumpainya dan tinggal di situ. Hidup Gilbert hanya bergantung dengan makanan dan minuman yang dibawa oleh  ibunya setiap hari, diangkat ke atas pokok menggunakan tali. Winifreda berkata dia cuba untuk memujuknya turun dari pokok, sekurang-kurangnya un

Anak non stop main game, ibu terpaksa datang cyber cafe suap anaknya makan

Ini kisah tentang seorang ibu kepada budak lelaki gilakan bermain game. Seorang ibu telah dirakam sedang menyuap makanan kepada anak lelakinya yang tak nak berhenti bermain permainan video dikatakan hampir selama 48 jam. Rakaman video itu yang dipercayai diambil dari sebuah kafe internet di negara Filipina yang menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terlalu asyik bermain game. Remaja itu hanya fokus kepada skrin komputer kemudian telah disuapkan makanan oleh ibunya. INI KOMEN IBUNYA Ibu remaja berkenaan bernama Lilybeth Marvel, 37 tahun. Dia berkata, dia amat risau dengan keadaan anaknya sehingga dia terpaksa datang ke cyber cafe itu untuk menghantar sarapan kepadanya. Cyber cafe itu dikatakan terletak di Nueva Ecija, Filipina. Ini antara kata-kata ibu remaja itu: “Kasihannya anak saya… nah, makan sekarang. “Anda mempunyai banyak wang, ia mungkin ambil masa sehingga esok untuk anda pulang ke rumah. “Adakah anda masih perlu kencing? Saya kasihan dengan

JPJ 'masuk' HKL

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi penguatkuasaan di hospital itu selepas orang awam dan kakitangan didapati enggan mengikut peraturan trafik ditetapkan. Berikutan itu JPJ Kuala Lumpur mengadakan operasi di HKL hari ini dan mendapati antara kesalahan dilakukan tidak memakai topi keledar serta tiada lesen memandu. Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi jam 10 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota JPJ Kuala Lumpur, tiga petugas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiga anggota polis serta 10 petugas Polis Bantuan. “Dalam operasi ini, kami mengeluarkan 62 saman membabitkan 26 kesalahan cukai jalan, 21 kes tidak memakai topi keledar dan 15 kes membabitkan lesen memandu. “Kami menerima permintaan HKL supaya mengadakan operasi penguatkuasaan di dalam kawasan HKL selepas orang awam dan kakitangan hospital enggan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dua Beradik Berbasikal Sejauh 50KM Untuk Melawat Bapa Di Penjara Tetapi Dihalang Oleh Pengawal Dan Disoal Siasat.

Kita seringkali mendengar kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak tetapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuk ibu bapa kita? Bagi dua beradik ini, kisah sayang terhadap ayah mereka telah menyentuh hati ramai netizen kerana mereka sanggup berbasikal sejauh 50km hanya kerana mahu berjumpa dengan ayah mereka di penjara. Menurut Coconuts, mereka telah bertolak dari rumah di Ban Non Khoon, Thailand pada pukul 7.30 pagi dan telah tiba di penjara ayahnya hampir 5 jam selepas itu kira-kira pada pukul 12.10 tengah hari. Semasa dalam perjalanan, telefon bimbit salah seorang dari dua beradik itu telah terjatuh dan mengalami retakan di skrin oleh kerana hentakan di atas jalan. Mujur telefon itu masih boleh digunakan dan hanya skrin saja yang mengalami kerosakan. Bertabahlah dik! Malangnya, setelah mengharungi perjalanan sejauh 50km ke Penjara Daerah Kantharalak, mereka telah dihalang masuk oleh pengawal di sana. Sedihnya! Pengawal di penjara tersebut yang bernama

Orang Ramai Terhibur Tengok CCTV Gadis Kantoi Menari Bila Dalam Lift Berseorangan

Tipulah kalau kita tak ada buat satu perkara pelik bila kita tengah berseorangan kan, dalam bilik kat rumah, tak pun masa dalam lift. Kalau tak berselfie, menyanyi, kalau tak menyanyi mesti menari kan? Tengok line clear padahal ada je ‘mata-mata lain’ sedang perhatikan kita. Contohnya macam gadis ni. Tak tahulah stress kerja agaknya, bila tengok dia kat dalam lift sorang-sorang terus buat onar. Hahahaha! Bukan nak buka aib orang..Video ni bagi inspiration kat aku yang kat mana2 pon kita boleh enjoy your life Aduii, dok oii admin pula yang jadi malu sebab admin buat lagi teruk daripada kau dik. Video rakaman CCTV yang dikongsikan oleh seorang pemuda yang lebih dikenali sebagai Amieyrul Joshua di Twitter ini dah meraih lebih daripada 10,000 retweets dalam masa tak sampai sehari. Niatnya bukanlah nak membuka aib wanita ini, tapi ia hanya sekadar inspirasi dan hiburan kepada kita untuk sentiasa enjoy your life bila ada cabaran dalam hidup Video Player 00:00

Bantuan Sara Hidup RM100 Untuk Si Bujang..

BAYARAN RM100 akan dibuat kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bayaran berkenaan akan dibuat hujung Mac ini dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Menurutnya, bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada tiga juta individu dan membabitkan peruntukan RM300 juta. “Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan menyediakan BSH tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan sudah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan. “Bagaimanapun, Perdana Menteri menekankan isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini. Guan Eng berkata, disebabkan itu bayaran BSH sebanyak RM300 dibayar 28 Januari lalu kepada semua isi rumah yang berkeluarga walaupun pangkalan data lama yang belum dikemas kini. “Tambahan pula, Timbalan Presid

Kopi tahi gajah paling mahal di dunia, harga RM200 secawan

Tw Pernah dengar tak kopi ‘Black Ivory’? Jika anda nak tahu, kopi tersebut dinobat paling mahal didunia. Tapi lepas anda tahu ianya diproses menggunakan tahi gajah, sanggup ke anda nak minum? Kopi ‘Black Ivory’ ini terhasil daripada hasil pencernaan najis binatang yang terkenal di Thailand iaitu gajah. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand. Disebabkan penghasilan pemprosesannya yang rumit membuatkan ia antara kopi yang dijual pada harga tinggi kira-kira AS $1,100 (RM4,840) untuk setiap kilogram. Untuk secawan kopi tersebut pula berharga AS $50 (RM220). Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah mengandungi protein sekaligus menjadikan ianya biji kopi paling berkualiti dan disebabkan itu harganya sangat mahal. Untuk memproses biji kopi tersebut, gajah-gajah perlu diberi makan 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi. Najis atau tahinya akan segera dikutip dan kopi di dalam tahi gajah

Selfie Boleh Meragut Nyawa, 8 K3m4tian Mengerikan Disebabkan Oleh Swafoto

Swafoto ataupun selfie ialah trend baru bagi masyarakat seluruh dunia. Masing-masing mempunyai kreativiti dalam menghasil satu gambar terbaik untuk mendapat respons positif terutama daripada pengguna laman sosial .Namun, terdapat banyak kisah mengenai kematian oleh swafoto di seluruh dunia. Adakah kamu tahu yang swafoto meragut lebih banyak nyawa pada tahun 2015 berbanding serangan ikan jerung. Di mumbai telah mengisytiharkan no selfie zone di beberapa tempat kerana kematian oleh swafoto amat tinggi di negara itu. Di russia pula kerajaan telah mengeluarkan manual untuk penjagaan keselamatan ketika mengambil swafoto. Ini adalah inisiatif diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang perkara ini. Berikut adalah 8 cerita kematian oleh swafoto yang mengerikan LELAKI DIPANAH PETIR pada july 2015, seorang pendaki telah dipanah petir ketika sedang mengembara di Brecon Beacons National Park, Wales. Lelaki yang malang itu mati dipanah petir dan dipe